19 February 2016

5 SOALAN YANG TAK PATUT TANYA KEPADA PEKERJA KEDAI

“Dik, akak nak beli pen. Kat mana ya bahagian alat tulis?”
“Tumpang tanya, kat dalam shopping mall ni, kat mana ya panggung wayang GSC/TGV/etc?”
“Excuse me miss, I am not familiar with this area. But can you direct me to _____ mall?”

Soalan-soalan ni memang biasa sangat dengar kalau anda bekerja di kedai. Tak kisah la kedai tepi jalan, dalam shopping mall mahupun jual air tebu tepi jalan. Apa perasaan korang kalau ada orang yg datang kedai, tapi tanya soalan yang tak masuk akal? Ermm, dalam banyak-banyak soalan, ada soalan yg korang tak patut tanya. Meh sini nak habaq mai 5 soalan yang anda tak patut tanya kepada pekerja kedai:

1) Di mana kedai competitor terdekat?

Contohnya, pergi kedai buku A, ada ke patut korang tanya, mana kedai buku B/C/D/lain-lain??? Yes, staf akan jawab jugak. Tapi dengan nada terpaksa, teragak-agak and of course offended. You know how business works, we should never direct our customers to our competitor(s).


2)  Kenapa kamu kerja kat sini? (sambil buat muka tak percaya plus nada mempersoalkan takdir)

Rezeki manusia dah ditetapkan oleh Allah. Bukan staf tu tak berusaha atau malas, tapi dah itu rezeki yang Allah tentukan, terima jela. Akan datang, mungkin dia akan jadi tauke kedai dia sendiri. Semua orang bermula daripada bawah. From zero to hero. Bermula dengan bekerja di kedai, dia boleh belajar banyak tentang operation, customer service and cashiering.


3)  Kamu dulu tak sambung belajar ke?

Awesome sangat soalan tu! Saya ada jumpa ramai pekerja kedai yang ada degree atau diploma.

“Oh ada degree ke? Mesti pointer rendah kan. Tu yang mintak kerja tempat lain tak dapat.”
“Kamu dah grad rupanya? Biar saya teka, bidang lain kan?”

Ouchhh! Jangan sekali-kali tanya soalan tu. Diorang ada hati dan perasaan tau, jangan sekali-kali dilukakan hati mereka yg kudus tu. Dah la kena kerja weekend dan public holiday. Jangan pandang rendah atau mempersendakan orang lain ya. Tak elok.


4) Man, malam ni kita main futsal jom! Malam esok kita tengok live JDT lawan Kelantan. Sabtu ni kita pergi hiking kat bla bla bla

Kawan2 kena la faham. Dah namanya kerja kat kedai, of course la dia kerja syif. Syif bertukar-tukar pulak tu. Kalau nak ajak keluar tu, bagitau awal-awal. Atau, kalau plan last minute tu, tak payah cakap la depan kawan yg kerja kedai tu. Kesian dia tak dapat join.


5)  “Eh Jemah, anak aku dah bertahun-tahun kerja kat Syarikat Galilubang Sdn Bhd kat KL nun. Tiap-tiap bulan dia kirim duit untuk aku pergi klinik, beli barang dapur, beli barang kemas, beli perabot. Macam-macam la aku boleh beli. Dia 2-3 bulan sekali baru dapat balik sebab kerja dia kena banyak berjalan. Anak kau pulak?”

“Ala Piah, anak aku kerja kat sini je. Tiap-tiap pagi dia buatkan sarapan untuk aku. Malam sebelum tidur dia urutkan kaki aku. Hujung minggu dia teman aku pergi pasar beli sayur segar, kadang-kadang di bawak aku pergi Pantai Punggukrindukan Bulan. Seronok aku Piah, dia pandai ambil hati aku.”

“Erk!”


P/S:
Jangan nilai kebaikan, kepandaian, kekayaan mahupun kecantikan seseorang berdasarkan bidang kerjanya. Nilailah dia secara keseluruhannya.