25 June 2015

Aku Budak Jalanan

Aku budak jalanan.

Jadi gelandangan di atas bumi Tuhan.
Menapak di jalanan, mengemis kasih & sayang-Nya.
Pernah tersesat di bawah terangnya matahari.
Pernah berjaga di bawah pancaran cahaya bulan.
Pernah melanggar pelbagai hukum dunia.
Pernah meronta kerna sakitnya permainan dunia.

Kini hanya menopang dagu di tepi jalan.
Menjadi pemerhati bebas.
Dengan mulut terkunci.
Memerhatikan boneka-boneka beraksi.
Yang menarik minat, akan terus ku saksikan.
Yang hambar, akan ku abaikan kewujudan.

Kini ku mengumpul daya
Untuk mengutip yang namanya ilmu.
Untuk berbakti pada yang namanya keluarga.

Lantas,
Bagaimana dengan yang namanya cinta?
Huh!








Pernah percaya pada idea:
Semua yang kau sayang dan semua yang sayang kau,
Semua akan pergi tinggalkan kau.
Dan masih percaya hingga ke hari ini.


Sekian,
Aku Budak Jalanan